Tuesday, June 17, 2014

Corat coret Pegawai Perhubungan Awam 1


Terlalu banyak dugaan. Cubaan tindih menindih. Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau lebih dikenali sebagai PRO. Ia tidak semudah zaman dulu. Perkembangan teknologi menjadikan tugas PRO itu lebih susah. Lebih mencabar minda dan jiwa. Saya begitu  teruja berdepan dengan beberapa insiden dalam tahun 2014 ini. Mungkin inikah cubaan? Inikah dugaan?

Pegawai Perhubungan Awam itu perlu kuat dan tabah. Sekali tercebur perlu diharungi segalanya. Marah dan sindiran bagai aur dan tebing dalam melaksanakan tugas PRO. Saya telah berdepan dengan pelbagai kerenah ketua atau bos sepanjang menjadi Pegawai Perhubungan Awam ini. Kementerian pertama saya ditugaskan sebagai Pegawai Perhubungan Awam ialah di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWA). Ketika ditukarkan ke KeKKWA saya rasa begitu kerdil. Tidak ada pengalaman langsung sebagai Pegawai Perhubungan Awam di kementerian. Kebetulan saya bertugas dengan Ketua Setiausaha (KSU) yang amat garang.

Ketika mula2 melapor diri di KeKKWA saya begitu berdebar.  Apa tidaknya belum duduk KSU sudah melepaskan suaranya dan memberi komen tentang PRO sebelum ini. Mukanya garang. Berambut pendek. Duduk sahaja di depannya, KSU terus bertanya tentang tugas-tugas yang perlu dilaksanakan.  Saya cuma mengiyakan cakap dia. Dia siap tulis dan itu arahannya yang pertama untuk saya siapkan. Aduiii...ketika melapor diri saya minta penangguhan selama dua minggu kerana banyak tugas yang perlu diselesaikan tapi KSU cuma bagi seminggu sahaja. Saya kena akur sahaja.

Mujurlah PA kepada KSU itu begitu baik dan peramah. Dia memberi maklumat dan penerangan yang amat bagus. Malahan dia sempat memberi motivasi kepada saya. Kini PA itu menjadi kawan baik sehingga sekarang. Beliau ialah Puan Rozita Abu Hassan. Saya banyak berurusan dengan beliau.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment