Sunday, February 3, 2013

Liyana Jasmay dah jadi isteri orang

Liyana Jasmay kecil molek dan berbakat. Kusangka kecil rupanya dah besar. Kini dia telah selamat diijab kabul dengan Fathuddin Mazlan pada 2 Februari baru2 ini. Sama2 cantik dan memang sepadan. Bagai cicin dengan permata. Seperti pinang dibelah dua. Syukur le terbina sebuah mahligai. Tahniah kepada mereka. Liyana bijak membuat pilihan. Tindakannya bijak dan berani kerana tak takut kahwin walaupun dia sedang popular.
Harap Fathuddin akan menjaganya dengan baik. Liyana sikapnya manja dan moga menjadi isteri yang taat kepada suaminya. Nampaknya dia kena belajar memasak le terutama masakan kegemaran suaminya, iaitu makanan Itali. Aku yakin dia tetap sayangkan keluarga terdekatnya. Ada jua artis lepas berkahwin ibu bapa kurang diambilberat. Mungkin dia lupa tanpa ibu dan bapa kita tak ada di dunia ini.
Lakonan Liyana memang bagus. Bakatnya menyerlah gitu. Dia pernah menang anugerah. Bukan saja berlakon tapi dia juga berbakat dalam bidang nyanyian dan pengarahan. Tahniah pengantin baru Liyana. Kini Liyana telah mempunyai premis perniagaannya sendiri melalui Syarikat Mermaid. Ada yang sumber menyatakan syarikat ini akan mengeluarkan lagi beberapa telefilem. Sebelum ini dia telah menerbitkan drama antaranya Cik Paris Diva Kampung, Tudung Tweet dan Basikal Pixie Kampung Berangan.
Kita inginkan artis seperti Liyana inilah yang bijak menerajui bidang seni. Dia tak leka dengan dunia glamor. Dia pun tak hirau dengan gossip. Dalam kesibukan berlakon dia mengambil peluang untuk menyambung pelajaran dalam bidang lakonan di luar negara. Berapa orang artis di Malaysia seperti dia? Jadi kepada artis2 muda boleh mengambil contoh Liyana Jasmay.

No comments:

Post a Comment