Tuesday, February 5, 2013

Estrogen penting untuk wanita

Sedikit perkara yang mau aku kongsi kali ini. Ramai yang tau tentang estrogen kan? Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Jika paras estrogen dalam badan tinggi maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol.
Pada masa yang sama, ia juga menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi untuk membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan. Malahan ia juga menjadi kunci terhadap kesuburan wanita. Apapun segalanya kerja Tuhan.
Mari kita tengok aliran estrogen itu. Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju pelbagai jaringan sel di seluruh badan, otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain. Ia juga menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing2.
Sebenarnya kadar estrogen ada hadnya. Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Ya ke gtu? Wanita berusia 20 hingga 29 tahun lazimnya memiliki kadar sehinggga 149 piktorem per meter (pg/ml). Manakala wanita berusia 30-an pula, purata jumlahnya adalah 210pg/ml.
Perlu diingat bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami menopaus akan memiliki tingkatan estrogen sekitar 152pg/ml. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya. Rujukan : BH Famili 31 Januari 2013.

No comments:

Post a Comment