Thursday, February 14, 2013

Wanita dan Madu

Filem madu tiga arahan P.Ramlee masih segar di ingatan. Kisah memadukan bini dalam berani tapi takut. Jamil dikejar bini dari pintu ke pintu dan terus terjun ke sungai. Takut berdepan dengan masalah. Lariiiiii konon. Gitu le lelaki. Hehehehe Selalu didengar dan terbaca. Gini - Wanita rela atau redha dimadu akan dapt payong emas.Gitu le nanti bila berada di akhirat. Namun bukan semua wanita sanggup dimadukan. Mereka tak mahu berkongsi kasih dan sayang. Apa lagi cintanya dikongsikan. Baginya suami cuma milik dia seorang. Ada yang lebih rela ditinggalkan daripada bermadu. Mereka lebih suka menjadi janda atau ibu tunggal. Payong Emas bukan perjuangan mereka. Ada si suami tu jika nak kahwin tu tetap nak buat jika ada kesempatn. Ada suami yang berani jugak kahwin walaupun isteri pertama tak merelakan. Mulanya kasian tapi akhirnya berbunga cintan. Kebetulan masa ini lelaki boleh berkahwin lain tanpa kebenaran isterinya. Maka, bahagia le si suami itu. Impian menjadi kenyataan. Malah, ada lelaki yang amat bangga kerana beristeri dua. Atau tiga atau empat. Yang pasti isteri bagai ditipu. Akhirnya bila penat berulang alik maka terbongkarlah rahsia. Apa lagi ketika itu perang rumahtangga le. Isteri pertama merana dan merana. Hatinya remuk dan keciwa. Api amarah menyala2. Tanpa disedari dendam kesumat menguasai dirinya. Kebanyakan lelaki itu akan berkobar2 kahwin lain bila usia lewat 45 tahun ke atas. Anak2 pun sudah besar Malahan ada yang sudah bekerja. Ada anak cepat memahami situasi bapaknya tapi ada jugak menjadi penyokong emaknya. Dia bertindak sebagai pembela. Lalu isteri kedua menjadi mangsa keadaan. Isteri kedua menjadi sasaran marah keluarga suami. Kasian jugak dengan dia. Dunia isteri bermadu macam2 kerenah di depan mereka. Ada saja cubaan yang kena terima. Kadang2 dalam keadaan tertentu hak isteri kedua ditidakkan isteri pertama. Ini yang tak betul kerana dia dah menjadi isteri suaminya. Gitu2 pun ada juga isteri bermadu yang kiranya aman. Mereka boleh duduk serumah. Berjalan bersama2. Makan semeja. Saling berkongsinya dalam banyak perkara. Alhamdullilah jika begitu jadinya. Namun dalam riang bahagia itu kita tak tau cerita di belakang tabir. Mungkin berlaku pertengkaran sesama mereka. Ini disebabkan isteri pertama atau kedua masih memendamkan ada keciwanya. Nah berlaku le depan suami senyum bahagia tapi belakang suami jadi berdua lara. Apa nak buat???????

No comments:

Post a Comment