Sunday, February 3, 2013

Coret corat rumpai laut

Salam dan selamat hari Isnin semuanya. Hari ini 2 Februari 2013. Aku mengisi hujung minggu dengan indah sekali iaitu berkenalan lebih dekat dengan rumpai laut. Anda semua bagaimana agaknya? Mari kita kongsi coret corat rumpai laut.
Kini sang rumpai laut sedang menempah nama di pasaran manusia. Aku begitu teruja dengan lonjakan nama tanaman laut ini. Suatu ketika dulu rumpai laut tiada siapa yang kenal kecuali mereka yang tinggal di kawasan laut dan sering ke pasar untuk membelinya termasuk aku sendiri. Namun selepas kajian dibuat tiba2 nama rumpai laut melonjak naik bagai seorang artis cantik yang sedang popular di arena seni. Sebenarnya kandungan khasiat di dalamnya amat menakjukkan. Ia merupakan ibu kolegan. Nah! semestinya ia mendapat perhatian kerana ia berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.
Memang betul2 rumpai laut memikat dan menawan wanita khasnya. Namun lelaki pun boleh mengambilnya. Mereka sanggup berusaha segigihnya untuk mendapatkan rumpai itu. Lalu petang Jumaat seorang wanita kecil molek dan cantik datang berjumpa saya sambil menghulurkan wang. Dengan senyum simpulnya dia berkata kawannya nak kolegan. Katanya cuti hujung minggu mau buat sendiri. kebetulan dah sapat rahsia untuk membuatnya. Bila dia tau aku tak simpan kolegan wajah bertukar suram. Kasiannya dia aku pun menjadi sayu.
Selain itu seorang ayah menerima pujian dari anaknya sebab kononnya wajah dia telah mula putih dan halus. Si ayah pun terpingga2 dan hairan antara percaya atau tidak. Si anak dengan yakin menyatakan ayahnya tentu mengambil kolegan dari rumpai laut sebab dia memang menjual rumpai itu. Si ayah pun tersenyum simpul yang cuma dia tau maknanya.
Seterusnya sepasang suami isteri yang baru memulakan perniagaan kecantikan. Si isteri beriya2 memberitahu suaminya yang comel tentang khasiat rumpai laut. Dia bercita2 untuk melahirkan produk dari rumpai itu.
Ada juga sekumpulan keluarga yang begitu terpesona dengan rumpai ini telah mewujudkan My Eucheuma. Ia merupakan jenama yang memasarkan rumpai laut. Mereka membahagikan tugas untuk My Eucheuma seperti melayari lama web mencari maklumat kajian, membuat risalah, memasarkan, membeli keperluan peralatan dan sebagainya. Malahan mereka bercita2 untuk membuat makanan atau minuman berasaskan rumpai ini.
Seorang wanita muda pula telah mengalami sakit perut dan cerit sehingga 24 kali ke bilik air selepas mengambil rumpai laut yang telah diproses. Tapi yang bagusnya dia dengan yakin menyatakan mungkin badannya banyak toksik menyebabkan dia jadi seperti itu. Dia akan terus makan.
Seterusnya seorang wanita separuh umur berjumpa doktor selepas mengambil makanan ini beberapa hari. Ini disebabkan dalaman badan dan sendinya sakit2 dan beliau rehat seketika untuk mengambilnya. Kini wanita berkulit putih itu terus mengambil makanan dari rumpai laut itu.

No comments:

Post a Comment