Tuesday, February 19, 2013

Kolegan Menjadi Pilihan - Rumpai Laut Laris

Kemana pergi pasti ada yang memperkatakan kebaikan dan khasiat rumpai laut. Aku tengok rumpai banyak dijual dalam talian dengan pelbagai tawaran. Begitu rumpai dijual di kedai atau gerai. Rumpai mencipta nama disebabkan hasil kajian yang menyatakan ia mengandungi kolagen. Malahan rumpai itu ibu segala kolagen. Apa yang anda tau tentang kolagen? Ia bukan semata2 untuk cantik tapi banyak khasiat lain. Ia merupakan protein utama bagi tisu sokongan dalam badan. Ternyata ia mempunyai kepentingan yang bukan sedikit kerana kewujudannya merngkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Menurut pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta, Rose Hanizan Mat Hassan, semua orang memang mempunyai kolagen dalam badan yang boleh terhasil dengan sendiri. Namun penghasilan kolagen itu akan berkurangan dengan kadar 1.5 peratus pada setiap tahun selepas usia seseroang mencecah 25 tahun. Jadi semakin banyak umur seseorang itu, maka jumlah kolagen dalam badan semakn berkurangan. Kesan penghasilan kolagen itu mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Pada usia 45 - 50 tahun badan akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen dalam badan. Kekurangan ini menyebabkan kesan kulit kusam,tidak bermaya, cepat letih, kulit berkedut serta kendur, pigmentasi kulit, sakit badan serta sendi san sebagainya. Kolagen memang penting dalam kehidupan manusia. Banyak fungsi kolagen terhadap badan. Jadi sewajarnya kian meningkat usia digalakkan mengambil sumplemen untuk membentuk kolagen badan serta memastikan badan sihat dan cergas. Namun buat apa belanja mahal kerana rumpai laut banyak di pasaran. Ia mudah diperolehi, murah dan senang disediakan. Jadi kenapa bayar mahal sedangkan anugerah Tuhan lebih menjimatkan.

No comments:

Post a Comment