Tuesday, February 19, 2013

Kolagen Popular Rumpai Pun Mencipta Nama

Rumpai laut kian hari kian popular.Rumpai sinonin dengan kolagen. Sekarang ni rumpai hampir wujud di mana2. Di pusat2 perniagaan di kawasan pejabat Kerajaan pun rumpai ada dijual. Semasa berjalan2 di Anjung presint 4 aku ternampak bungkusan rumpai. Bungkusanya kemas dan menyupai makanan kering biasa. Kufikir sotong kering dan keropok ikan. Aduhai....Betapa rumpai sudah menempah nama semata2 kolegan. Mana2 kita pegi mesti ada saja yang cerita tentang kolegan. Kesedaran perlunya kolagen menyebabkan ramai yg mencari sumber. Nah! rumpai menjadi sasaran kerana ia ibu segala kolagen. Mari kita lihat, untuk kebaikan diri sebelum memilih produk suplemen yang mengandungi kolagen, maka seseorang itu hendaklah memahamii maksud dan fungsi sebenar bahan tersebut. Jangan jadi pak turut sahaja. Jadi sejauh mana anda tau tentang kolagen? Kolagen itu ada proten utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Semua orang mempunyai kolagen dalam badan yang boleh terhasil dengan sendirinya. Menurut Rose Hanizan Mat Hassan seorang pakar pemakanan, kolagen menyokong sebahagian besar sel2 yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Tak dinafikan ada orang yang sanggup berbuat apa sahaja demi cantikkan diri terutama wanita. Mak aii terdapat kalangan wanita itu memperuntukkan beribu2 ringgit untuk membeli kolagen. Ia dibuat dalam pelbagai bentuk seperti kapsul, minuman dan makanan. Namun kini ada sumber kolagen yang terdekat ialah rumpai laut.

No comments:

Post a Comment