Tuesday, February 19, 2013

Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang?

Pagi2 ni dapat kejutan. Mau bertunang pun mengejutkan. Aku dapat berita pelakon Fizz Fairus bertunang dengan isteri orang. Macam tak masuk akal.Kenapa jadi cam tu? Bertunang bukan main2. Ini soal kehidupan. Mau cari kebahagiaan. Sian jugak artis berbakat ini. Wanita itu cantik dan bergaya. Mereka berkenalan selama setahun lalu dan cuma bertunang seminggu sahaja. Kini Fizz Fairuz telah memutuskan ikatan dengan tunangnya Ahad lalu. Dia pun kononnya telah berjumpa dan berbincang secara baik dengan suami bekas tunangnya itu. Suaminya itu seorang usahawan yang bernikah dengan wanita itu di sekatan Thailand beberapa tahun yang lalu. Apapun ceritanya ia memang pelik betul. Budaya Melayu itu indah. Sebelum bertunang sepatutnya merisik dulu untuk mengetahui latar belakang masing2. Jika dilaksanakan dengan baik tak timbul perkara yang agak memalukan ini. Jadi pengajaran untuk orang lain. Peristiwa begini suatu yang amat menduga. Tambahan pula Fizz Fairuz pelakon terkenal. Tentu peminat terkilan dan keciwa. Bagaimana berdepan dengan keluarga, kekawan dan media. Aduiiii harap pelakon berbakat ini tabah dan redha menghadapinya. Secara peribadi memang aku tidak selesa bila mengetahui Fiz bertunang pada 10 Februari yang lalu. Memang kecoh pertunangannya. Ketika baca berita itu terus terbayang wajah Almy Nadia. Seorang wanita cantik dan manis senyumannya serta pelakon popular. Tertanya2 gimana hatinya bila dapat berita kekasihnya bertunang. Pasti remuk dan keciwa. Atau memang mereka telah putus sebagai kekasih. Aku bertanya lagi kenapa Fiz mudah ambil keputusan bertunang dengan wanita lain sedangkan dengan Almy mengambil masa hingga 7 tahun belum bertunang. Dunia..dunia... Hairannya jugak kenapa le wanita itu sanggup bertunang dengan Fiz Fairuz sedang dia sudah bersuami? Dia tak takut ke? Masalahnya kenapa ahli keluarganya diam ? Atau dia memang tak bahagia. Entah le... Mungkin jugak dia seorang yang berani tapi ilmu agama terutama dalam berumahtangga belum cukup. Hukum hakam tak faham. Mana mungkin sudah bersuami mau bertunang dengan lelaki lain. Subahaan Allah.... Kini ternyata Fiz Fairuz tertipu. Ada tercalar imejnya. Namun segalanya itu perjalanan hidup. Setiap orang ada kembara kehidupannya. Mujur le dia cepat sedar dan seorang yang berani berdepan dengan keadaan. Fiz kini meminta maaf kepada ALmy Nadia akan kesilapan dirinya.

No comments:

Post a Comment