Wednesday, February 20, 2013

"Gila " rumpai laut untuk cantik

Kolagen berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan. Kini ramai yang obses kolagen. Apa saja produk boleh memjanjikan kekal cantik dan awet muda pasti menjadi tumpuan wanita. Produk ulam-ulaman hingga yang terkini kolagen daripada rumpai laut menjadi kegilaan. Tak apa kerana ia menandakan wanita peka dengan diri mereka. Kini aku dapat rasakan bahawa musim ini menyerang "demam" atau"gila" rumpai laut demi untuk kolagen. Rumpai laut dapat meningkatkan sistem kolagen dalam badan untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan. Ia bagai satu perlumbaan untuk mendapatkan pembekalan kolagen bersumberkan hasil alam. Seorang pengusaha Spa d'Daun, zalina Ibrahim menyatakan bahawa beliau sendiri mencuba rumpai laut sebagai minuman tambahan untuk melihat khasiatnya. Selepas dua bulan menggunakannya berlaku perubahan pada kulit wajah dan kesihatan badan. Beliau merasakan struktur kulit mukanya semakin anjal dan tegang. Malahan, jika mengambil rumpai laut dengan konsisten ia juga memberi tenaga kepada badan supaya kekal sihat dan bertenaga. Produk rumpai laut katanya, mula dijual di spanya sejak 2011 dan mendapatkan sambutan pelanggan. Kebanyakan pelanggannya memberi tindakbalas yang baik selepas menggunakan dua minggu atau sebulan produk rumpai berkenaan. Produk ini juga terjamin keselamatannya kerana tidak mempunyai bahan kimia dan rumpai laut adakah bahan alami. Rumpai laut menjadi tumpuan kini. Boleh dikatakan ramai khususnya wanita demam atau gila dengan rumpai laut. Semua mampu membeli kerana harga rendah di pasaran. Namun buat masa ini tidak ada satu standard harga untuk rumpai laut. Adalah lebih baik para pengusaha rumpai laut menetapkan harga produk itu di pasaran. Terdapat dua warna rumpai laut iaitu warna kuning dan ungu yang mempunyai khasiat sama. Tetapi warna ungu lebih mahal sedikit kerana ia susah untuk diperolehi berbanding warna kuning. Rumpai ungu juga lebih berbau ketika diproses yang cuma mengambil sedikit masa saja untuk menyediakkannya.

No comments:

Post a Comment