Wednesday, February 20, 2013

Suami bekas tunang tak salahkan Fizz Fairuz

Ramai yang terkejut Fiz Fairuz bertunang dengan isteri orang. Macam tak percaya tapi memang berlaku. Dalam akhbar Harian Metro suami wanita - bekas tunang Fiz berjumpa dengan Fizz Sabtu lalu untuk menjelaskan hal sebenar. Pujian patut diberi kepada si suami itu kerana bertindak rasional. Malahan sanggup berdepan dengan bekas tunang isterinya itu. Dia cuma mahu dikenali sebagai Ramli yang berusia lingkungan 40-an. Ramli menyatakan dia cukup kenal dengan isteri keduanya itu yang "sakit" selepas lapan bulan hilang ingatan. Kenapa begini jadinya? Jika benar, kasian wanita cantik itu. Malahan Ramli memohoh supaya orang ramai tak menyalahkan Fizz. Fizz telah dianiaya dan dimalukan oleh isteri keduanya itu. Memang macam tak masuk akal wanita itu sanggup menipu yang mengaku dirinya belum berkahwin. Mujur le empat hari selepas bertunang' kawan kepada adik wanita itu memberitahu kedudukan sebenar tunang Fizz dan dia memutuskan ikatan pertunangan yang dibuat 10 Februari yang lalu. Mereka bertunang cuma 4 hari. Tindakan wanita berusia 26 tahun itu bagai berani mati kerana sanggup bertunang walaupun isteri orang. Mungkin dia tertekan disebabkan kerenah suami dan kedudukannya sebagai isteri kedua. Dia menjadi mangsa perkahwinan tak restu ke? Menurut Ramli, mereka bernikah di selatan Thailand beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan isteri pertama serta keluarga (keluarga isteri kedua).Perkahwinan itu tidak didaftarkan di negara ini. Disebabkan itu, walaupun mereka suami isteri Ramli jarang berjumpa dengan wanita itu kerana dia bimbang perkahwinan itu diketahui isteri pertama. Apa punya lelaki le macam Ramli ini. Berani buat tapi takut tanggung kesalahannya. Kini bagaimana agaknya penerimaan keluarga wanita itu? Tentunya wanita itu tak keruhan jadinya. Kasian.... Ternyata Ramli tidak menyalah Fizz walaupun wanita itu kini masih sah sebagai isterinya. Menurutnya, dia tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serat kenderaan. Namun, mereka jumpa cuma beberapa kali sahaja dalam sebulan. Dia faham mungkin isterinya itu kesunyian kerana kurang diberi perhatian selepas mereka bernikah.

No comments:

Post a Comment