Saturday, May 4, 2013

Demam kempen PRU13

Sejak bubar Parlimen setiap parti telah merancang strategi masing2. Mereka tak sabar menunggu Pilihanraya Umur ke13 (PRU 13). Memang sebelum ini ramai jadi peramal atau Tok Nujum tentang PRU13. Mereka mau bersedia untuk mengisi masa kempen dengan sebaiknya. Tujuannya untuk memikat hati pengundi supaya memilih parti mereka. Aktiviti semakin rancak selepas penamaan calon. Poster calon dipaparkan di kawasan atau lokasi yang diwakilinya. Adatlah dalam musim kempen pilihanraya ini memang poster dan bendera serta sepanduk akan dikebarkan. Malahan ada yang dipasang sebesar "round about" sehingga menghalangkan pandangan. Ini berlaku di Presint 15. Tak jauh dari tempat tinggal saya. Memang bulat besar dan bulat tapi menggangu pandangan. Mungkin ada yang menegur akhirnya sepanduk itu dipindah sepanjang jalan. Kan itu yang lebih sesuai. Mujur le tak keras kepala. Kini sepanduk berwarna biru berlambangkan timbang pula memenuhi "round about". Tapi ok sebab saiznya kecil cuma panjang le. Tak pa biarlah mereka pasang poster, sepanduk atau poster asalkan ikut peraturan. Suruhanjaya Pilihraya (SPR) telah memberi panduan. Jadi sebagai parti yang mau bertanding di negara ini sewajarnya patuh dengan peraturan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment