Thursday, September 6, 2012

Suara hati seorang isteri





Aku terima sms daripada seorang isteri yang masih muda. Kami berbalas sms beberapa kali. Aku tak puas berkomunikasi melalui sms itu. Aku cadangkan supaya bercakap dalam talian. Mula aku cuma smskan cadangan itu sebab tak yakin dia boleh berbincang mengenai lara hatinya. Namun tekaanku melesat apabila si isteri itu bersedia untuk bekongsi lara denganku.

Begini suara hati itu.....Dia menjadi isteri lebih tiga tahun. Mereka hidup di Kuala Lumpur dalam keadaan yang amat selesa. Mereka punya rumah dan keluarga. Cuma belum punya anak. Sisuami memang bersama keluarga yang mempunyai kedudukan yang stabil. Ibu bapa si suami mempunyai rumah sewa. Jika tak bekerja tetap pun dah tentu ada sewa rumah sebagai sumber pendapatan.


Namun baginya, wang ringit dan harta benda bukan ukuran untuk mencapai kebahagiaan. Kenapa dan mengapa? Hati dan perasaan tak ternilai dengan wang ringgit. Si isteri yang berkulit putih ini berdepan dengan masalah. Dia mengeluh seorang diri. Masalah itu dah lama bersarang dalam kehidupan rumahtangganya. Si suami anak kesayangan. Dia begitu mengambil berat keluarga. Dia tetap harapan keluarga. Cuma dia tak tau di mana si isteri diletakkan. SI isteri terasa hati. Ada ketika seolah2 si isteri kurang penting. Dia tersinggung sudah lama. Pendam dan pendam. Ada ketikanya si isteri meluahkan rasa kepada si suami tapi dia buat tak endah saja. Pernah mereka bertengkar bila si isteri cuba memberi pendapat dan meluahkan perasaannya.

Keluarga si suami kononnya mengharapkan dia memberi terbaik untuk si suami. Menjaga dengan klas yang tersendiri.Namun bukan sebenarnya menjaga isteri itu tanggungjawab suami. Jika diikut cara lama isteri cuma duduk di rumah kerana tugas suami untuk menjadi rezeki. Setiap bulan wajar isteri mendapat gaji dari suami. Kini apa yang berlaku isteri yang lara ini kena bekerja dari pagi hingga lewat petang. Sebelah malam pula kena membantu suami berniaga. Memang tindakan itu baik tapi dia tak cukup rehat. Hidupnya penuh dengan kepenatan. Jam tidurnya terlalu sedikit. Nah! kini si isteri itu menjadi tawar hati. Kasih sayang semakin menipis. Dia pernah balik kampung sendirian. Ketika berada kampung itu dia tak rindu pun kepada suaminya. Apakah akan berlaku seterusnya....

No comments:

Post a Comment