Wednesday, September 5, 2012

Dari Jendela Rumahtangga







Penceraian itu suatu yang menakutkan teutama di kalangan wanita. Ada yang bercerai hidupnya merana, sengsara, tak bermaya, meroyan, gila talak dan hilang arah hidup. Namun tak kurang juga yang berjaya selepas mengalami penceraian. Ramai kalangan usahawan yang berjaya ada kalangan mereka yang pernah mengalami kegagalan dalam rumahtangga.

Memang pasangan suami isteri tidak mengizinkan perceraian berlaku dalam perkahwinan yang dibina. Pelbagai usaha dan harapan untuk mengekalkan perkahwinan itu. Namun sedangkan lidah lagi tergigit inilah pula suami isteri. Apa yang perlu setiap pasangan itu hendaklah sentiasa memeliharakan ikatan itu dengan ikhlas. Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan penceraian.

Menurut beberapa rencana yang telah saya baca antara tips berkesan untuk menghindari penceraian adalah seperti berikut:

* Komunikasi dua hala - Ia amat penting dalam kehidupan. Komunikasi perlu dipraktikkan dalam perhubungan. Biasanya diri untuk saling berkomunikasi sama ada berada di rumah atau ketika berjauhan. Kemudahan telefon bimbit memudahkan berhubung dengan pasangan. SMS mengukuhkan kemesraan dalam hubungan. Jika ada masalah adalah lebih baik dibincangkan bersama. Saling memberi dan menerima pendapat yang diutarakan. Elakkan memendam perasaan atau menyimpan masalah dalam diri masing-masing. Komunikasi dua hala itu mengurangkan atau menghilang kekebalan ego dalam diri setiap individu.

* Keterbukaan tentang masalah seks. Ramai yang masih segan bercakap tentang seks. Sedangkan hakikatnya masalah seks ternyata antara penyebab berlakunya penceraian. Kenapa demikian? Mungkin ramai yang terlupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, juga adalah untuk rekreasi atau kesenangan dan ekspresi cinta. Ramai pasangan mengakui, hubungan seksual dilakukan untuk menghilangkan tekanan setelah seharian bekerja. Ia juga seolah2 untuk enjoykan diri secara bersama. Apa yang penting perkara seks itu harus dikomunikasi dengan pasangan anda. Kena ada perbincangan dan persetujuan dalam melaksanakan aspek kehidupan seksual itu.

* Menerima pasangan seadanya. Masa bercinta semua indah. Kelemahan bagai tersembunyi tanpa dipaksa. Namun bila hidup sebumbung sebagai suami isteri baruleh terserlah kekurang dan kelemahan masing2. Hakikatnya, begitulah kehidupan dalam perkahwinan sebenarnya. Lalu setiap pasangan itu akan saling mengenali pasangan masing-masing. Dalam tempoh itulah pelbagai cabaran yang dihadapi. Malahan ada kalanya timbul konplik yang boleh menjejaskan nilai perkahwinan itu. Ketika itu juga barulah nampak perbezaan persepsi, nilai, wawasan, latar belakang, latar belakang, keperibadian dan sebagainya. Oleh itu, setiap pasangan hendaklah sentiasa bersedia untuk mengatasi segala perbezaan itu dengan saling memahami dan menerima kelebihan dan kelemahan masing2.

*Jangan biasakan berbohong. Berbohong itu untuk menyelamat diri dan keadaan memang biasanya berlaku. Adakalanya selepas berbohong kepada pasangan menyebabkan seseorang itu rasa bersalah. Namun, seorang suami tak akan sanggup berterus terang untuk berjumpa serta berurusan dengan seorang wanita muda dan cantik. Apa lagi jika isterinya seorang yang kuat cemburu dan suka membebel. Jadi demi mengelakkan pertengkaran berlaku, maka dia terpaksa berbohong jadinya. Namun perkara itu tak semestinya berlaku berterusan kerana lama2 akan diketahui juga yang menyebabkan lagi teruk akibatnya. Oleh itu, cuba menerangkan dengan pasangan secara ikhlas dengan alasan2 yang logik serta masuk akal. Misalnya pertemuan itu perlu dibuat demi kejayaan dalam kerjaya. Memang urusan itu perlu dilaksanakan dengan orang berkenaan. Jika pasangan tidak boleh terima jugak boleh bawa dia sekali dan perkenalkan orang berkenaan.

*Jangan cemburu berlebihan. Betulkah cemburu itu tandanya sayang? Apakah tahap cemburu yang tergolong dalam kategori sayang itu? Namun yang pasti cemburu buta menyebabkan bencana dalam rumahtangga. Tidak dinafikan berlaku perselisihan dan pertingkahan dalam rumahtangga disebabkan perasaan cemburu. Ada cemburu itu timbul disebabkan cerita dari rakan2 sekeliling. Oleh itu, jika ada yang bercerita mengenai pasangan anda terlebih dahulu diselidik dulu akan kebenarannya. Bawa berbincang secara empat mata untuk dapatkan kepastian. Elakkan cemburu tak bertempat sehingga perasaan mengatasi akal yang boleh menjejaskan hubungan perkahwinan.


*Hindari kecurangan. Antara sebab penceraian ialah kecurangan sama ada suami atau isteri. Kenapa berlaku demikian? Mungkin jugak disebabkan tak ada sikap terbuka atau saling mendengar. Kalangan pasangan itu kesepian dan tak merasai kepuasan seksual yang diharapkan. Selain itu godaan dari rakan2, tempat hiburan dan kurangnya jati diri. Jadi pasangan itu lebih senang bercerita dengan orang lain. Mula2nya sekadar kawan bersembang dan meluahkan perasaan. Lama2 tidak mustahil timbul rasa kasih, sayang dan cinta. Adakalanya berpunca dari rasa kasihan kpd rakan. Oleh itu, apa yang penting cari punca masalah itu dan kemudian muhasabah diri selain berbincang dengan pasangan. Elakkan terlalu terbuka dengan rakan berlainan jenis. Kecurangan jugak boleh dihindari dengan menyedari wujudnya hukum hakam (bagi orang Islam khasnya). Malahan setiap pasangan hendaklah saling mengambil berat dan berusaha untuk mengurus komunikasi mereka.
*Cari orang tengah. Ada ketikanya dalam menyelesaikan masalah suami isteri memerlukan orang tengah untuk membantu terutama setelah puas berusaha. Ini disebabkan pasangan masing2 mempunyai ego dan tidak mau mengalah dalam sesuatu perkara itu. Namun yang penting orang tengah itu haruslah yang dihormati dan disegani pasangan seperti mentua, bapa saudara atau rakan yang telah lama dikenali. Cara ini lebih baik daripada bercerita atau mengadu kepada jiran, rakan atau teman sepejabat.

*Tetap mesra. Kemesraan yang dibina semasa bercinta hendaklah dipupuk lebih mewah lagi dalam hubungan perkahwinan. Buangkan jauh2 persepsi bahawa kemesraan itu hanya dikecapi ketika di alam percintaan. Hubungan pasangan tetap mesra walau telah bertahun2 hidup sebagai suami isteri. Yang penting usaha untuk memupuk dan mengekalkan kemesraan itu sentiasa dilaksanakan dalam hubungan.

*Pasrah kepada yang Esa. Kehidupan ini sentiasa diduga. Jadi berdepan dengan masalah rumahtangga, cabaran emosi memang membuak2. Gangguan persekitaran tentunya berlaku. Namun usah mudah mengalah dan terbelanggu dengannya. Sebagai insan kita perlu berdoa dan pasrahkan diri kepada yang maha Esa.Segala yang baik itu datang daripada Dia dan yang tidak baik itu datang dari kita sendiri yang memang serba kekurangan ini.



No comments:

Post a Comment