Wednesday, August 15, 2012

Raya raya di Jalan TAR dan Masjid India




Lepas berterawih di Masjid KLCC aku tiba2 teringin untuk ke kawasan raya-raya. Apa lagi kawsan Jalan TAR dan Jalan Masjid India le. Memang bermain dlm kepalaku agak2nya di mana nak letak kereta. Aku risau sebab pakai kasut bertumit. Maklum le dari pejabat terus saja ke masjid. Berbuka dan bersolat di sana. Lalu aku bersama suami tawakal teruskan niat itu. Akhirnya kami parking le di tepi jalan. Ia berdekatan dengan Kompleks Wilayah. Boleh tahan jugak le berjalan.

Ternyata tekaanku tak meleset. Suasana di sana macam siang. Berpusu2 orang. Penuh sesak manusia pelbagai usia. Malahan ada yang bawa anak kecil. Aku gitau suami apa mereka buat beramai2 datang tanpa beli apa2. Aku tengok ada yang sekadar berjalan2 tanpa memegang apa2 di tangan. Bagiku macam buang masa saja. Tapi kata suami mungkin mereka tengok2 dulu. Lain kali datang baru beli. Aduhai...ada jugak cam tu!

Aku rancang nak beli dodol, rempeyek, biskut, baju, tudung dan macam2 lagi. Rupanya lebih dari yang saya rancang ada di sana. Wang saja mesti ada. Minuman di mana2 ada. Memang pintar betul mereka kerana tentu ramai yang mau beli sebab dahaga. Perjalanannya bukan dekat. Panas membahang kerana orang ramai.Aku kurang selesa membeli sebab sesak. Baju2nya pulak terlalu banyak. Cara letak pun kurang bagus. Namun sempat beli baju kedah, baju kurung, jubah, kain pelekat dan biskut. Sempat juga beli dodol. Namun harganya agak mahal. AKu memang terfikir bob mesti ada berjualan. Di hujung simpang memang betul terjumpa bob. Dia begitu sibuk melayan para gadis. Aku beli rempeyek dan popia simpul dengan bob. Siap dia bagi diskaun. Terima kasih bob zulkarnain.



Aku tak sanggup gi jalan sebab kaki sudah sakit. Terhenjut2 jadinya. Agak lama jugak berjalan. Dua2 tangan dah penuh. Aduiiii melayang jugak rm di lewat malam begitu. Namun aku seronok membeli belah di situ. Masuk kereta terus angkat kaki. Aku buat muka bodoh saja le...




No comments:

Post a Comment