Wednesday, August 15, 2012

Peria rawat kencing manis -diabetes


Peria itu pahit. Pahit2 ubat. Ramai orang tidak meminatinya. Namun peria sedap dibuat kerabu. Di sebalik pahitnya tersembunyi seribu satu khasiat untuk tubuh manusia. Sememangnya pahit itu lebih bermakna dari manis. Manis itu panggil penyakit. Penyakit itu menyakitkan. Hidup jadi terganggu. Kini macam2 sakit ada.Ada sakit pembunuh senyap. Sebenarnya,negara ini kaya dengan makanan. Semuanya sedap. Maka selera makan pun meluap2. Lalu disebabkan makanan juga le penyakit datang. Nah! siapa yang salah?

Tabiat pemakanan yang tak sihat menjadi faktor utama tidak seimbang gula dalam darah. Tubuh seseorang gagal mengawal gula dengan berkesan menyebabkan timbulnya sakit. Misalnya kencing manis. Penyakit ini antara yang paling popular. Namun Tuhan itu maha berkuasa kerana setiap sakit itu ada ubatnya. Lalu beberapa jenis herba seperti peria dan gymnena yang bermanfaat untuk kesihatan. Kini peria sudah terbukti berkhasiat sejak dulu lagi dan bertindak untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan bahagian dalaman tubuh serta merawat kencing manis.

Macam2 cara makan peria. Ia boleh dibuat sayur, ulam dan dikeringkan untuk dijadikan minuman. Daun peria itu jugak boleh digunakan untuk mandi jika badan gatal2 - cara orang lama.

No comments:

Post a Comment