Thursday, August 2, 2012
Mengaku Mualaf Untuk Mengemis
Ternyata umur bukan pengukur untuk menjadi baik. Ini disebabkan dua orang wanita berumur 71 dan 66 tahun sanggup menipu mengaku mualaf untuk mengemis. Mereka ini adik berdik. Kedua2nya tinggal di Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Kenapa le mereka sanggup berbuat demikian? Tentunya mau senang dapat duit. Yang tak baiknya tindakan mereka itu mencemar perjuangan mualaf. Menjejas imej Islam. Mereka jadikan bertudung dan berjubah untuk menagih simpati.
Aku geram dengan kedua2 wanita tua itu. Tak sedar diri betul. Malahan yang menyakitkan hati lagi mereka mengemis di bulan puasa dan menggunakan pasar Ramadhan. Tentu le mereka mendapat hasil yang banyak. Dalam bulan yang mulia ini kalangan orang Islam digalakkan bersedekah. Kedua2nya berjubah dan bertudung serta tentunya tunjukkan muka sedih dan minta dikasiani. Aku lebih geram lagi bila membaca kenyataan kononnya wanita itu menampilkan imej berjubah kerana sesuai dengan konsep satu Malaysia. Punya teruk ke si wanita tua itu. Betul-betul salah guna konsep.
Mujur le Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM), Selangor cekap dan dapat menangkap sendiwara ini. JKM dalam melaksanakan Operasi Pemutihan Pengemis. Tu le sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak. Yang bersalah tetap salah. Tambahan pula mempersendakan mualaf dan agama. Imej Islam boleh tercemar dengan adanya manusia seperti ini. Harap perkara begini tak berulang. Tindakan tegas JKM perlu diteruskan demi kemurnian sejagat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment