Friday, August 3, 2012

Masak kari ikan



Bertuah memang bertuah.Aku akui itu. Bukan senang suami mau masak. Namun mydarling pandai masak. Ini semuanya kerja Tuhan. Syukur pada-Nya. Rezeki namanya. Aku gembira sempena 2 Ogos - hari kelahiranku mydarling masak kari ikan merah. Masak khas le tu. Sedapnya tak terkira. Terima kasih banyak2 wahai suamiku tersayang. Dia ke pasar beli ikan semta2 untuk masak kari tu. Aku ikut belakang saja. Rupa2 ikan merah mahal. RM30 sekilo. Mujur le ada seorang wanita tu bagi RM28 sekilo. Yang penting ikannya baru.

Masak kari ikan agak lewat sikit. Mydarling masak dengan cara dia tersendiri. Memang tapik le dia masak. Masak sambil buat lawak. Katanya mesti baca2 supaya sedap. Iya le...buat le apa yang patut. Yang penting kari siap sebab aku memang suka kari. Tak kira kari ayam. daging atau ikan. Nasi dan kari ikan berserta sayur dan sambal belancan untuk buka puasa. Alhamdulilah cukup menyelerakan. Kami makan petang semalam ditemani anak buah - hafiza dan rakan baiknya Bam. Meriah suasana makan kami.

No comments:

Post a Comment