Thursday, August 2, 2012
" Cheese cake" untuk 2 Ogosku
Pertama kali berlaku dalam hidupku. Sebelum ini pada 2 Ogos memang pernah terima dan potong kek. Contohnya semasa tinggal di kampung baru dan bertugas di Pentarama. Namun tahun 2012 ini aku terima kek cheese daripada anak buah- Fiza dan Bam. Memang tak kusangka dalam kotak kecil yang cute itu ada "cheese cake". Inilah pertama kali aku terima kek yang amat kuminati itu. Aku tau kotak itu ada kek tapi tak sangka untuk aku. Terima kasih segunung intan wahai anak2 yang manis. Sungguh terharu dibuatnya. Aku amat menghargainya.
Apa lagi selepas buka puasa aku kena potong kek. Hore!! Siap pasang lilin sebatang. Klik2 foto sikit. Klik foto kek saja sebab aku tak sedia untuk berfoto. Maklum le baru abis memasak. Tau saja le muka berminyak2. Yang penting foto kek yang cute itu. Aku, mydarling, fiza dan bam makan bersama2. Mulanya memang kenyang tapi dengan cheese cake aku jadi lapar pulak!
Kami cuma berempat tapi aku rasa macam ramai. Maklum le siap menyanyi lagi. Mydarling punya suka nyanyi lagu happy birthday. Fiza dan Bam jadi penyanyi latar. Amboi rasa gembira sangat2. Memang tak sangka dapat hadiah semanis itu. Betul2 di luar jangkaan. Hilang penat.
Kini tercipta lagi sebuah kenangan. Kenangan datangnya "cheese cake" ketika menjelmanya 2 Ogos. Kelahiran yang diciptakan-Nya buat diriku yang kerdil ini. Fiza anak yang manis terima kasih sekali lagi. Begitu juga untuk Bam. Aku amat menghargai pemberian anak2 berdua. Salam kasih yang abadi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment