Wednesday, July 25, 2012

Roti john Bazaar Ramadhan



Bulan puasa roti john antara hidangan yang popular. Aku pun suka makan roti ini. Ketika ke Bazaar Ramadhan semalam aku kena berbaris beli roti john. Dalam berbaris kena bagi order kerana rotinya tinggal sedikit. Kini harganya RM3.70 sebatang. Mula2 dulu harga roti john cuma RM1.80 hingga RM2.50 sahaja. Begitu cepat harga meningkat di kota metropolitan ini. Betapa mahalnya harga ini bagi mereka yang hidup di kampung dan tidak punya pendapatan tetap. Memang kasian.

Aku bangga dengan gerai roti john itu kerana dikendalikan oleh anak2 muda. Memang roti john mereka mendapat sambutan. Ramai beratur untuk membeli. Cara mereka pun teratur. Kemas dan bersih. Layanan mereka pun sopan. Ada stail untuk menjaga pelanggan. Aku tengok mereka pun melayan kerenah pelanggan dengan baik.

Memang sedap roti john bazaar ramadhan itu. Rasanya seimbang. Masih sedap walaupun dimakan ketika bersahur. Aku akan membeli lagi jika berpeluang untuk ke bazaar Ramadhan.

No comments:

Post a Comment