Wednesday, July 25, 2012

Martabak Singapura



Martabak Singapura begitu gah namanya. Aku tiba2 terpikat dengan ingin membeli martabak itu ketika berkunjung ke Bazaar Ramadhan. Mudah saja membelinya kerana tak eprlu berbaris. Adakah martabak itu tak digemari atau disebabkan harganya mahal. Aku cuma beli separuh dengan harga RM8.00. Jika sebiji harganya Rm18.00. Tu le harga di Bazaar Ramadhan. Aduiii memang mahal tapi disebabkan mau cuba makan kubeli jua. Harap2 sedap bisik hatiku.

Malangnya apabila menjamah martabak itu untuk berbuka puasa rasanya kurang sedap.Aku keciwa. Ia agak kering. Kini ada lagi baki martabak itu aku simpan dalam peti ais. Tak sampai hati mau buang begitu saja malam tadi. Sambil makan aku pun komen dengan mydarling, gini- " Jika di Singapura martabak ini dibuat oleh orang India. Rasanya memang sedap sehingga walaupun kenyang mau makan terus. Saiz martabak itu memang besar dan harganya pun agak mahal. Tapi kita faham le kita makan di Singapura. Tukaran duit agak jauh bezanya."

Bila kucerita dengan kekawan mereka pun kata lebih baik beli martabak biasa tu. Rasanya sedap dan harganya pun patut. Memang betul martabak kat bazaar Kg Baru harganya RM1.50 rasanya sedap dan amat memikat maunya. Saiznya sederhana.

No comments:

Post a Comment