Wednesday, July 25, 2012
Kuih Apam Balik
Kuih Apam Balik antara yang paling saya gemari.Ketika ke bazaar ramadhan semalam aku beli apam balik. Harganya Rm2.50 yang biasa. RM3.00 untuk apam balik special. Agak mahal le jugak. Alhamdulilah kuih itu memang sedap. Aku buka puasa dengan apam balik le. Memang saya selalu beli kuih apam balik setiap kali ke pasar malam. Mana2 saya pergi jika jumpa kuih ini pasti saya akan membelinya. Aku masih ingat aku makan apam balik yang paling sedap ialah semasa bercuti ke Ranau, Sabah. Biasanya jika balik kampung - Kota Belud, aku pasti membeli apam balik setiap kali berkunjung ke pasar malam (setiap hari ada pasar malam di pekan Kota Belud). Di kampung saya kuih ini juga dikenali dengan kuih bulan. Kenapa? Rasanya sebab kuih ini bulat seperti bulan le
Ada kalanya aku kena perli mydarling disebabkan apam balik. Namun aku buat tak tau saja. Sebab aku tengok dia pun makan kuih itu. Sesekali dia perdengarkan aku ceramah seorang ustaz yg mengatakan ada seseorang itu berkunjung ke pasar malam. Selama tiga (3) jam berjalan2 dia cuma membeli kuih apam balik saja. Aku tersenyum mendengar ceramah itu. Bagiku memang wajar pun membeli kuih itu walau pun agak lama berjalan2 di pasar malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment