Wednesday, July 25, 2012
BM terpinggarkah di Hari Terbuka GTP 2.0?
Aku memang rancang untuk menghadiri Hari Terbuka GTP 2.0 atau Program Transformasi Negara yang diadakan di KLCC. Ini merupakan usaha Kerajaan untuk kebaikan rakyat. Macam2 program yang dibuat yang melibat projek pembangunan luar bandar, transfomasi pelajaran, menghapuskan rasuah , mengurangkan jenayah,pengangkutan awam dan meningkat pendapatan.
Aku bersama empat (4) rakan agak terlewat sampai di dewan berkenaan kerana kesesakan lalu lintas. Tiba di lokasi dewan sudah penuh. Ramai yang cuma berdiri di luar dewan. Aku tertanya2 panggil beribu2 orang tapi tempat duduk begitu terhad. Untuk tak rugi kami masuk jugak ke dewan walau pun berdiri untuk mendengar taklimat datuk Seri Idris Jala. Memang dia hebat. Taklimat dalam bahasa Inggeris penuh dengan maklumat. Mungkin taklimat GTP ini sesuai dibuat dalam bahasa antarabangsa itu. Namun ,alangkah indah dan bangga jika taklimat itu dalam bahasa Melayu tapi apa boleh buat jika ia lebih baik dibuat dalam bahasa Inggeris agaknya. Terimalah hakikatnya gitu.
Selepas taklimat dalam masuk makmal. Rasa tak sabar menunggu ceramah dan soal jawab itu. Cuma agak terkilan sekali lagi kerana seolah2 berada di luar negara tanpa ada seorang pun peserta dari luar negara perbincangan dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kasiannya Bahasa Malayu. Makmal pertama aku hadiri ialah projek tranformasi pendidikan. Rasa malas jugak mau komen! Mungkin mereka lebih suka berbahasa Inggeris. Bagai dijajahi lagi minda.
Alahai bahasa Melayu di mana martabatmu? Ada kempen untuk dilaksanakan tapi tak terlaksana dengan sebaiknya. Kenapa?
Labels:
Dariku Untukmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment