Wednesday, July 25, 2012

Kisah seorang wartawan


Kenapa menjadi seorang wartawan? Dulu aku pernah jadi wartawan. Aku mahu menjadi wartawan kerana minat dan cintakan kerjaya itu. Minat itu tanpa dipaksan. Ia datang dengan sendirinya. Ingin sebarkan maklumat seluas2nya. Mungkin juga suasana kerja saya ketika itu. Namun yang penting seorang wartawan mesti berilmu, peka, cekal, kreatif dan mahir serta bijak utnuk berkomunikasi. Mereka seharuskan bijak menangani situasi. Mesra dan berhemah tinggi.

Seorang wartawan itu tak seharus berlagak atau sombong dengan kerjaya. Memang benar pena wartawan itu ada kuasa. Pena lebih tajam dari mata pedang. Tapi harus diingat wartawan juga insan biasa. Nah! tak usaha menunjuk2 atau senang2 saja marah dengan orang. Apa salahnya jika berbudi bahasa dalam berurusan. Bukan semua faham tugas2 wartawan.

Namun saya rasa hairan. Berlaku perkara ini. Kenapa begini jadinya??? Tiba2 di ruang pejabat agak bising disebabkan tabiat seorang wartawan. Dua tiga orang bagai tertekan. Mereka kena marah. Si wartawan tu agak kasar,sombong dan berlagak. Dia perlukan maklumat konon. Aduhai sampai satu pejabat jadi kelam kabut. Pegawai yang urus media bagaikan hilang sabar. Apa yang saya tau mereka cuba membantu sebaiknya. Si wartawan itu ternyata kurang sifat sabarnya.

Mereka tau si Wartawan ini perlukan maklumat dengan cepat. Unit PR cuma menjadi pengantara untuk dapatkan maklumat. Memang sedaya upaya untuk membantu. Namun bukan mudah untuk bagi maklumat tanpa kelulusan pihak tertentu. Apa lagi di kementerian ini bahan2nya berkaitan dengan kesihatan. Jadi si wartawan itu kena tunggu lama sehingga dia menelefon seorang lelaki - Pr itu sambil menyatakan suatu yang telah menyinggungkan dia. Dia amat terkilan. Kini nama wartawan wanita itu terpahat dalam sanubari mereka yang berurusan di pejabat ini dengan suram. Bila sebut nama dia bagai ada pantulan yang sakitkan ke telinga mereka. Dada mereka bagai dirobek.
Moga cuma wartawan seperti ini tidak wujud kembarnya. Bertugas bukan untuk berlagak tapi demi kerjaya itu dan kerana Allah swt.

No comments:

Post a Comment