Thursday, July 26, 2012
Ingin kupohon
Aduhai aku memang bersyukur diberi kesempatan hidup hingga sekarang. Lagi lama hidup lagi banyak kenangan. Terima kasih Tuhan. Mohon pada-Mu jua supaya aku terus sihat, bahagia, sukses , rezeki bertambah, disayangi, dicintai, tabah, rajin dan sentiasa dirahmati. Begitu juga semua keluarga, saudara mara, rakan sekerja,sahabat andai, pemimpin negara serta muslimin dan muslimat. Aman damaikan negaraku Malaysia yang tercinta ini. Jauhikan dari segala gangguan dan bencana.
Malaysiaku yang indah. Aku amat bersyukur berada di bumi yang menghijau ini. Terlalu byk yang dibagikan kepadaku selamat hidup di sini. Keamanan dan kebahagiaan hakiki cuma ada di Malaysia. Tiada cacat celah di bumi bertuah ini. Cuma yang penting perjuangan perlu diteruskan dengan penuh cinta dan jati diri. Semangat patriotik pemangkin untuk memajukan negara. Usah buang masa kerana perkara remeh yg dipolitikkan. Di luar sana ramai yang suka kita berpecah belah. Bersatu itu adalah rahmat yang harganya tidak ternilai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment