Thursday, July 26, 2012
Baca puisi ketika Indaksi Mass Comm
Aku masih ingat ketika indaksi di ITM (sekarang UITM) pada tahun 1986. Aku selalunya rasa takut, segan dan berdebar2. Ada ketika cuba untuk sembunyikan diri supaya tidak dipanggil senior. Suatu hari aku diminta supaya membaca puisi. Tanpa banyak soal aku ke depan dan baca puisi. Sebenarnya aku baca apa yang terlintas di minda saja. Tidak ada sebaris ayat puisi di tangan ketika itu. Au cuba sebaik mungkin baca puisi ekpress itu. Dengan suara lantang diselitkan dengan gerak. Pentas itu seolah2 aku punya. Habis saja membacanya aku lega. Ada beberapa senior bertanya ketika jumpa di dalam lif aku asal dari mana. Ye mungkin cara aku baca mereka mau meneka dan bila kuberitahu dari Sabah mereka tersenyum. Entah kenapa mereka tersenyum. Aku buat tak tau saja. Yang penting kerja telah kulaksanakan.
Namun aku masih bertuah kerana tidak kena teruk. Maklum le aku pun agak low profail dalam klas. Memang tak terniat pun untuk menonjol di kalangan kekawan. Lagipun usiaku ketika masuk ke ITM hampir 24 tahun. Aku antara yang dewasa matang di kalangan beberapa orang kawan seperti Hayati, Ribah,Nurazmah, Hashim Abu Hanifah, Zainal Abidin, Misbah, Suraya dan Noraziah. Hampir semua kami mempunyai pengalaman bekerja. Apapun kami tetap menyertai program indaksi dengan hati terbuka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment