Thursday, July 26, 2012

Krisis Syria Rakyat Menderita



Terkedu membaca dan melihat foto2 rakyat Syria yang hidupnya terseksa. Sedih dan pilu terasa membaca perihal yang berlaku di sana. Kehidupan mereka perit dan sakit. Malahan mereka juga menjadi pelarian. Lebih menyedihkan lagi keperitan mereka mengharungi bulan ramadhan. Tentunya mereka berpuasa dalam keadaaan kelaparan. Mereka dalam kesusahan dan kepayahan yang amat melaksanakan ibadat puasa. Mereka ditindas dan tersepit dalam peperangan ketika Ramadhan.

Boleh berlenang air mata melihat anak2 kecil yang kurus sehingga tinggal tulang. Jika tak ada kulit tentunya tubuh mereka terburai. Kanak2 menjadi mangsa kebuluran.Kanak2 ditahan dan diseksa sehingga ada yang mati. Tangisan si kecil ada di mana2 tanpa ada yang pedulikan. Memang kejam dan tak ada perikemanusiaan. Lagaknya seperti tidak berhati perut. Perang saudara di Syria yang melibatkan pertingkahan antara puak pemberontak dan kerajaan. Perang itu telah mengorbankan banyak nyawa.

Kini kedatangan bulan Ramadhan tidak menunjukkan apa2 perubahan. Sepatutnya sempena bulan suci itu dibuat gencatan senjata. Jadi yang pasti Syria terus bergolak. Tangisan dan rintihan menyelubungi setiap ruang. Akibatnya ramai rakyatnya terus menjadi pelarian dan hidup dalam keadaan serba kekurangan ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment