Tuesday, July 24, 2012

Bazaar Ramadhan



Hari keempat berpuasa baru le sempat ke Bazaar Ramadhan di Putrajaya. Sebelum ni bukan tak nak pergi tapi hati belum tergerak. Kawasan bazaar itu memang luas. Macam makanan ada. Pengujung pun ramai. Pelbagai bangsa ada. Aku tengok ada orang Arab, Cina, dan tentunya orang Melayu paling ramai. Tangan sebelah menyebelah menjinjing beg plastik.

Macam2 jenis jualan ada. Kuih muih - ada moden dan tradisional. Lauk pauk pun macam2. Ayam panggang laris. Harganya RM9.00 separuh. Ada juga RM10.00 separuh. Ikan dipanggang pun ada tapi kurang dapat perhatian. Kambing panggang paling laris. Cuma tinggal tulang saja di situ.

Suasana di situ agak sibuk. Berderet kereta sehingaa tempat parkin pun penuh. Macam2 jenis ada. Ada kereta mewah dan kereta kecil serta biasa. Bazaar itu bersebelahan dengan pasar malam. Banyak sayuran kampung dijual. Beraneka keperluan dapur ada situ. Ayam segar pun ada. Ikan, udang dan sotong pun kelihatan baru. Harganya boleh tahan le jugak.

No comments:

Post a Comment