Monday, July 30, 2012

Meninggal dunia di pangkuan ibu



Kini mangsa meninggal di pangkuan ibu ketika berada di mahkamah. Tertuduh ialah FK 28, dari Batu Berendam Melaka menghadapi tuduhan memiliki heroin. Ia sejenis dadah yang memang durjana. Tiba2 mahkamah menjadi gembar apabila dia melutut di lantai sebelum rebah dan meninggal dunia semalam.

Selepas pertuduhan dibaca tiada reaksi diberikan oleh tertuduh. Dia cuma tunduk dengan air liur meleleh. Mungkin juga dia dikuasai dadah. Tertuduh memang kelihatan tidak sihat. Disebebkan itu kakitangan mahkamah menghubungi ambulans. Dia cuba bergerak dan beberapa minit kemudian di melutut dan rebah ke lantai.

Betapa deritanya tertuduh kerana dadah. Dia adalah generasi muda yang tenaganya amat diperlukan negara ini namun dia rela mati disebabkan bahan yang amat derhaka itu. Kini hildangkan seorang anak muda disebabkan dadah. Tinggal seorang ibu tua yang tentunya akan mendoakan anaknya itu.

No comments:

Post a Comment