Tuesday, July 31, 2012

Sanggup Tipu sakit mau kahwin percuma


Ada2 saja cerita orang putih ni. Macam tak ada perasaan malu. Mereka rata2 ada ilmu. Sekolah mereka tinggi tapi moralnya lain macam. Terbaca dalam akhbar seorang bakal pengantin perempuan meminta bantuan untuk menjayakan majlis kahwin. Dia memungut derma dalam talian kononnya menghidap barah. Bukan alang2 sakitnya itu. Pasti orang ramai simpati. Usahanya itu menjadikan perkahwinannnya mendapat tajaan sebanyak RM50,000.00.Betapa ramai orang yang kasian dengan dia. Dia muncul dalam akhbar tempatn merayu untuk dapatkan bantuan. Yang paling menyedihkan lagi ialah- dia ingin berkahwin sebelum rambutnya abis gugur. Memang tragik le...

Namun sepandai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu juga Daniell yang berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex, dia akhirnya ditangkap kerana disyaki menipu. Apapun kisah ini masih dalam siasatan polis.

No comments:

Post a Comment