Thursday, July 26, 2012
Kezaliman di Syria
Bagai mau menjerit sekuatnya kerana marah dengan kezaliman itu. Malahan aku menjadi benci dengan pemberontak itu. Tiba2 aku terlalu ingin melihat keadaan di Syria. Namun adalah mustahil untuk ke sana . Kini ternyata rakyat Malayis yang beradadi Syia diarah balik ke Malaysia. Antara kezaliman ialah:
i. Dalam masa 42 hari seramai 4,000 orang rakyat Syria terbunuh syahid.
ii. Seramai 39,000 cedera tanpa rawatan dan dibiarkan.
iii. Satu peristiwa yang melibat 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
iv. Seramai 9,000 tahanan ditahan.
v. Seramai 413 orang telah syahid di dalam penjara.
vi. Kaum wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita itu telah dirogol di hadapan ahli keluarga terdekat mereka. Sebelum dirogol mereka digari terlebih dahulu.
Itulah penderitaan rakyat Syria yang kita tidak tau bila akan berakhir. Mereka memperjuangkan hidup dengan bermandikan keringat dan darah. Perasaan takut sudah tidak tercatat lagi dalam kamus hidup mereka.
Ya Allah! selamatkanlah bumi dan rakyat Syria itu. Bagilah keamanan dan murnikan keunggulan Islam di bumi Syria.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment