Monday, July 30, 2012

Hujan lebat di pagi hari


Keadaan di awal pagi mendung. Nyata hari nak hujan. Begitu le bisik hatiku. Nah tak sampai lima minit gerimis dan terus hujan. Memang lebat sungguh hujan pagi ini. Angin pun kuat bertiup. Pokok2 bagai nak jatuh. Malahan kain baju kurungku berwarna hijau lumut hampir2 tersentak. Mujur le tangan kiriku sempat menahannya. Kalau tidak betapa malunya aku ketika itu.

Menatap hujan sepanjang jalan aku terkenang zaman kecilku. Ketika itu berada di kampung kelahiranku. Aku dan adik2 berlari2 mencari besin untuk menyambut rentikan hujan yang mengalir di celah2 atap rumah. Jika tak sempat tentunya keadaan dalam rumah akan basah. Rumah kami dibuat oleh bapak. Kayu, buluh dan atap rumbia (nipah) mendasarinya. Bapak memang pandai bertukang. Kayu dibeli daripada atuk yang kerjanya mencari pelbagai jenis kayu. Atap rumbia dianyam oleh emak dan bapak. Aku memang tak tau anyam. Begitu jugak dengan adik2 yang lain. Mungkin kami masih kecil. Dinding rumah jugak daun rumbia. Lantai pula dari buluh yang dipecah2kan. Begitu le keadaan rumah kami ketika itu. Namun kami sekeluarga bahagia....

No comments:

Post a Comment