Tuesday, July 17, 2012

Kerenah ibu tiri


Geram betul baca kisah si ibu tiri kepada Siti Norzana Nordi. Kini berada di Lampung Indonesia. Ibu tiri sembunyikan kanak2 berusia 12 tahun ini. Dia dijual ibu tiri. Lebih geram lagi bila wakil biro aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO berjumpa dengan si ibu tini itu, dia buat tak tau saja. Memang dia tak berhati perut. Sanggup jual kanak2 itu. Selain itu, keluarga angkatnya tidak mahu berunding. Kenapa berlaku demikian? Lebih merisaukan lagi, Siti Norzana seorang yang cantik. Takut dengan kecantikan itu dia boleh dijadi alat untuk mencari duit. Masa kini dia sebagai pelaris untuk menjual aiskrim. Mudah2an Siti tidak dijadikan pelacur muda.

Kini kanak2 malang itu menjadi buruh paksa mengutip hasil kerja kampung dan menjual herba. Cuma kenapa le Siti boleh jatuh ke tangan si ibu tiri seperti itu? Kenapa le bapanya terlalu percaya dengan isterinya itu? Apakah si bapa seolah2 melepaskan tanggungjawabnya?

Harap kisah ini menjadi pengajaran kepada sesiapa yang berkahwin dengan orang luar. Ingat2 le anak2 tu supaya tak jadi mangsa si bapa tiri atau ibu tiri atau keluarga angkat. Jika berlaku di Malaysia tidak le berdepan dengan banyak masalah. Tapi jika sebaliknya kanak2 yg sepatutnya diberi perlindungan menjadi mangsa keadaan. Memang kesian....

No comments:

Post a Comment