Thursday, July 5, 2012

Kehidupan ini





Kehidupan,perjuangan dan pengorbanan saling berpaut. Nah! kehidupan itu suatu perjuangan. Perjuangan yang panjang selagi hayat dikandung badan. Lalu tentunya macam2 pengorbanan dilalui sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Perlu dinyatakan bahawa hiduplah dengan pengharapan dan penerimaan yang baik. Bila diamalkan demikian pasti wujud keindahan dan kebahagiaan. Apa lagi jika semuanya disemai dengan keikhlasan. Makanya, memang wajar baikkanlah prsangka kepada yang disembah. Tentu kenikmatan dan kerahmat diberikan-Nya. Nyamankan waktumu dengan kegembiraan dan jangan menyesal atas apa yang luput.

Kehidupan ini bagai luasnya lautan membiru. Lalu dalam tenang dan gembira pasti ada gelora yang datang. Tentu cabaran kena didepani seperti ombak mengempas ke tepian dan yang pantai redha menerimanya.

No comments:

Post a Comment