Sunday, July 8, 2012

Ella dah sampai jodoh





Aku amat suka bila dapat berita Ella nak kahwin. Alhamdulilah. Jodoh dia dah sampai. Segalanya di tangan Tuhan. Kerja Tuhan. Berbisik dalam hati betapa bertuahnya sang lelaki yang berjaya membuka hati Ella untuk berumahtangga. Ella atau Norzila Amuddin bernikah dengan Azhar Hussaini Ghazali pada 7 Julai 2012 di kediaman keluarga. Tentu yang paling gembira ialah Ibunya,Yang Asmah Long 85 tahun. Betapa lama ibu yang membesarkan anak bungsu itu menunggu hari bahagia Ella. Begitu juga dengan adik beradik juga saudara mara serta para peminat termasuk aku le.

Memang jarak usia Ella dan Azhar agak banyak jugak. Kini usia Ella 46 tahun dan Azhar 32 tahun. Namun yang nyata usia cuma angka dan tidak menjejaskan rasa cinta dan kasih sayang sesama insan. Cuma yang penat menghitung dan menilai adalah insan2 di luar sana. Itu perkara biasa. Bila dah puas nanti akan berhenti jugak! Bagi kedua pasangan ini tentunya perkenalan selama sembilan tahun telah menjadikan mereka saling mengenali diri dan keluarga masing2. Namun pastinya masih ada yang tersembunyi kerana sebagai insan biasa tentunya kelebihan dan kekurangan masing2 wujud tanpa disedari.

Selamat pengantin baru untuk Ella dan suami tersayangnya Azhar. Mudah2an mereka aman damai dan bahagia hingga ke akhir hayat.Yang penting mereka saling menghormati dan memahami kerana punya kerjaya yang berbeza. Apapun perjuangan perlu diteruskan dengan ketabahan dan kesabaran dengan pertambahan tugas yang digalas mulai 7 Julai itu.

No comments:

Post a Comment