Tuesday, June 19, 2012
Tentang kahwin
Bila nak kahwin? Kenapa tak kahwin? Dengan siapa nak kahwin? Memilih sangat ke sehingga tak kahwin2? Tu le sebahagian daripada soalan yg sering ditanya utk orang bujang. Kebanyakan yang suka bertanya mereka yg sdh berkahwin. Mereka tak pernah fikirkan tentang hati dan perasaan orang yg mereka tanya itu. Malahan ada yg pusing belakang mengata lagi. Sudah le menyinggung hati orang, buat dosa lagi kerana mengumpat.
Untuk menuju ke alam perkahwinan bukannya mudah. Ada saja cabaran yang datang. Boleh pening kepala dibuatnya. Pertama tentang calon dan kelayakannya. Kedua wang untuk perbelanjaan dan ketiga restu orang tua dan keluarga. Keempat bentuk atau konsep perkahwinan (bukan semua nak). Selain itu mereka bukan beragama Islam lagi berdepan masalah besar (bukan semua) kerana perlu meninggalkan agama lamanya untuk berkahwin. Tentu keluarga tak restu. Malahan mungkin timbul kemarahan. Namun yang penting keikhlasan dalam memilih agama dan cinta. Cinta itu akan cantik jadinya bila agama dipilih di atas relanya diri.
Ternyata kahwin itu memang mudah dalam ucapan. Senang ditanya tapi amat rumit untuk menjawab. Lagi berdepan cabaran untuk melaksanakannya. Kekuatan untuk suatu perkahwinan itu adalah iman setiap pasangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment