Monday, June 18, 2012
Erra Fazira tak pernah gaduh
Erra Fazira artis cantik dan mantap lakonannya. Dua kali menang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM). Aku memang suka dan minat dengan artis ini sejak awal kemunculannya dalam dunia seni. Kini hampir 19 tahun aku mengikuti perjalanan seninya. Ketika dia keciwa dengan dunia percintaan dan perkahwinannya, aku pun turut bersedih. Malahan terkilan dan timbul rasa marah terhadap mereka yang mengeciwakan dia. Namun bila Erra Fazira meniti kebahagiaan hidupnya, aku tumpang bahagia jua.
Bagiku Erra Fazira seorang artis yang memang glamor dan terkenal yang tak pernah bergaduh dengan artis lain. Dia sentiasa menunjukkan sikap profesional dan karisma sebagai seorang artis. Dia boleh menjadi contoh artis bersih dari cemuh mencemuh sesama artis. Ketika zaman muda remajanya dia sibuk dengan aktiviti seni lakonan dan nyanyian saja. Aku tak pernah dengar Erra Fazira bercanda di majlis2 tertentu yg boleh mencalarkan imejnya. Apa yang nyata kisah cinta dan kehidupannya menjadi hot di media.
Berbeza dengan artis muda remaja masa kini ramai yang bergaduh sesama sendiri. Pergaduhan itu sama ada melalui media, laman sosial atau pun pertengkaran di lokasi. Kenapa berlaku demikian? Mereka yang terlibat saja tahu akan sebab dan jawabannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment