Tuesday, June 19, 2012
Peristiwa enam haribulan enam 2012
Enam haribulan enam mencatat peristiwa yang amat meruntun jiwaku. Selama 20 tahun aku hidup di Kuala Lumpur inilah pertama kali aku menghadapinya. Selamanya aku amat yakin rumahku selamat. Tidak ada apa2 yang diragukan. Setiap kali tuutp pintu rumah selalu didoakan rumah itu selamat dari segalanya.
Namun langit tidak selalunya cerah. Masa itu aku berada di putrajaya bersama suami. Kami diduga . Pada enam haribulan enam yang lalu tepat jam 10.00 malam aku terima panggilan dari Puspa (jiran di wangsa maju). Mulanya debaranku tak begitu kuat sebab cara dia bercakap agak relaks. Padan le beberapa hari sebelum itu hatiku selalu berdebar2.
Katanya, "aria pintu rumah kau buka le. Kau tak kunci ke? My husband nampak petang tadi masa dia balik rumah. Dia baru call saya. Saya masih di luar ni". Gitu panjang penerangan Puspa. Aku antara percaya dengan tidak. Aku cuba tarik nafas. Kemudian aku gitau dgn suami.
Aku call dia selepas bincang dgn suami. Dia balik rumah tengahari pada hari berkenaan. Dia ambil barang untuk Astro. Puspa kata cepat balik dan tengok rumah tu. Ketika itu aku memang sudah pasang niat untuk awal tidur kerana badan rasa penat. Namun bila terbayangkan rumahku diganggu penat melayang. Aku dan suami bersiap dan terus berangkat ke Wangsa Maju.
Dalam perjalanan suami terus menenangkan aku. Aku cuba kuat sekuat2nya. Debaran agak kurang. Namun aku untuk memikirkan macam2. Bagaimana le keadaan rumahku? Apakah barang yang hilang? Bagamana dengan barangan kemasku? Ada beberapa keping wang rupiah, dollar (sikit saja), wang siam dan ringgitku? Telefon bimbitku berdering lagi dan ternyata Puspa call lagi. Aku sudah di kawasan rumah dan terus naik ke rumah. Tiba di pintu rumah Puspa dan suami serta jiran sudah ada di depan minggu. Kini aku terasa debaranku semakin memuncak. Namun aku cuba kawal diri. Pintu cuma terbuka separuh. Grill juga begitu. Mangga pintu seperti biasa tapi tempatnya di potong. Tidak selamat pencuri itu dunia dan akhirat. Aku tidak rela dia masuk ke rumahku. Apa lagi dengan barangan yang dicurinya. Mudah2an pencuri itu dilaksa Allah SWT.
Dari luar ruang tamu rumah nampak macam biasa. Bagai tiada sesiapa yang menceroboh rumah. Aku masuk ke bilik utama bertabur di atas katil tempatku simpan barangan hiasan. Betapa luluh hatiku ketika itu. Bertahun2 aku simpan semua barangan itu. Aku lebih terharu kerana barangan kemas pemberian ibu dan arwah kakakku hilang. Jika dikira memang nilai ringgitnya tinggi sebab emas lama. Aku benar2 terkilan. Aku tak berani pegang barang2 yang bertabur kerana takut ganggu siasatan polis.
Setelah berbincang dan jiranpun desak untuk laporan polis kami terus ke balai polis wangsa maju di seksyen 1. Rupa2 ramai juga orang mau buat laporan. Aku terpaksa menunggu lama kerana proses demkian. Suamiku terpaksa balik Ampang untuk ambil rantai kerana grill dah rosak. Aku tenangkan diri. Berdoa dalam hati semoga terus sabar.
Lebih kurang jam 1 pagi baru le selesai buat report. Kami pun balik ke rumah bersama seorang jurugambar polis. Dia klik pelbagai sudut. Namun sekadar tinggal gambar saja le sebab barangan hilang tak akan dapat lagi. Pencuri itu kenyang le dengan rezeki tak halal. Mudah2an dia terus dilaknat Allah.
Memang enam haribulan enam 2012 benar2 mencipta sejarah dalam hidupku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment