Tuesday, June 19, 2012

Princess Diana dari sudut mata AJ




Princes Diana begitu mempesonakan. Bagiku dia seorang wanita yang cantik. Fesyen, gayanya dan senyumannya jadi ikutan. Tak ada orang boleh ganti dia. Aku memang suka dan minat dengan Diana. Hingga kini aku masih terus membaca kisah2 ibu kepada bakal Raja England itu.

Aku masih ingat ketika majlis perkahwinan dia dengan Charles aku duduk depan TV. Dia benar2 cantik ketika itu. Majlis kahwin diRaja yang auranya luar biasa. Sesekali aku berbisik pada diri bahawa dia tak sesuai dengan pengantin lelaki itu. Apa lagi dia seorang yang suka tukar2 teman wanita. Umur dia pun dah banyak berbanding Diana yang masih balasan tahun.

Bila dapat berita Diana mengandung anak pertamanya aku amat gembira. Seolah2 dia saudara dan sahabatku. Yang nyata aku cuma peminat setianya. Aku tertunggu2 saat anak itu dilahirkan. Akhirnya lahirlah bakal pewaris Raja ke dunia. Satu kejayaan untuk Diana yang orang biasa lahirkan seorang William.

Aku benar2 tidak selesa bila terbaca kisah2 negatif tentang Diana. Aku selalu doakan semuanya tidak betul. Aku begitu gembira setiap kali nampak foto2 barunya di akhbar. Ada suatu ketika aku tercari2 dalam foto Diana itu berkaitan selulit. Aku tak nampakpun selulit itu...Dia memang kurus dan kakinya memang panjang dan cantik.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment