Wednesday, June 27, 2012

Kenapa Raja Azmi dan Jailani nak bercerai?






Kenapa dan mengapa nak bercerai? Bahtera yang dibina atas dasar cinta itu terkorban? Mereka pasangan yang sepadan. Raja Azmi seorang yang tabah dan kuat. Jailani pula seorang suami dan bapa yang penyayang. Raja Azmi yang kukenal berjiwa kental. Macam2 kontrovasi melanda dirinya. Dia tetap senyum. Pelbagai cabaran yang datang dan dihadapinya selama ini. Namun tiba2 keluar statment dia tak sanggup lagi dengar tohmahan yang menuduh suaminya dayus. Dia tak mau istilah dayus diletakkan dalam kamus hidup suaminya. Macam2 fitnah yang dilemparkan.Malahan ia amat keterlaluan dalam mempertahankan mahligai bersama suaminya.

Dia tidak sanggup lagi mendengar segala tohmahan dan fitnah yang tak putus2 itu. Segalanya itu memberi tekanan kepada mereka. Lebih mengejutkan saya bila istilah cerai dilayari mereka pulak! Hakikatnya dia amat sayangkan suaminya. Suaminya pun sebelum ini sentiasa memberi sokongan penuh terhadap dirinya. Mereka telah hidup bersama sejak tahun 1984 yang lalu.Kini hampir 28 tahun mereka sebagai pasangan suami isteri dan diserikan dengan kehadiran tiga orang anak dan seorang cucu.

Lalu demi membersihkan nama suami yang telah hidup bersamanya sejak tahun 1984. Satu jangkan masa yang bukan singkat. Keputusan ini meruntunkan jiwa. Sebelum ini mereka saling menyokong dalam pelbagai suasana fitnah. Entah ramai orang ingin melihat perceraian itu berlaku.

Mudah2an Raja Azmi dan Jailani ada panjang jodohnya. Raja Azmi seorang pejuang seni yang berjiwa kental. Dia peramah dan mudah bergaul walaupun dia ada klasnya tersendiri. Malahan jika berjumpa beliau sering dinyatakan sang suaminya seorang yang amat baik dan tak kisah dengan keadaan hidupnya.Kebaikan Raja Azmi menyebabkan beliau difitnah suatu ketika dulu. Kasiannya Raja Azmi yang baik hati serta punya senyuman manja dan manis itu....

No comments:

Post a Comment