Wednesday, July 4, 2012

Terkenang Fauziah Latiff


Fauziah Latif atau Jee seorang artis yang amat popular suatu ketika dulu. Dia cantik dan manis serta berbudi bahasa. Dia jugak menang pelbagai anugerah. Namun hingga sekarang belum dapat gelaran dato. Sekarang ni terlalu senang artis dapat gelaran dato. Sesekali aku tertanya2 jugak macam mana tiba2 dapat gelaran dato tu? Ye le rezeki masing2 agaknya...

Masih kuingat lagi ketika Jee berkahwin dengan Syed Budriz gempar satu Malaya. Maklum le dia seorang keturunan diRaja. Hampir semua media bercerita mengenai perkahwinan yang berlaku pada tahun 1992 itu. Ketika itu dia masih muda dan berada di puncak populariti. Memang rasa tak puas hati bila dia berkahwin tapi apa boleh buat jodoh dah sampai....



Dia bercerai dan berkahwin dengan Johan Endot pada 19 Jun 1997. Dia juga seorang lelaki berada dan terkenal di kalangan ahli perniagaan. Jee dapat dua orang anak dengan perkahwinan keduanya. Namun sebagai peminat hingga kini masih tertanya2 kenapa dia mesti berkahwin di London. Mungkin tu cara terbaik agaknya.


Masih terbayang-bayang lagi ketika Jee menang sebagai juara Pesta Pujaan Kingsway tahun 1989. Bermula dari pesta itu dia terus berusaha dan menempah kejayaan dalam bidang seni dengan klasnya tersendiri.

No comments:

Post a Comment