Monday, June 11, 2012

Hampas kelapa dan kulit kerang

Ramai yang suka makan kerang. Memang keenakannya tidak dapat dinafikan sama ada kerang bakar atau kerang rebus. Kerang bakar atau kerang rebus adalah makanan sihat. Kerang juga baik dimakan oleh mereka yang kurang darah. Cuma perlu diingat kerang boleh menyumbang kepada peningkatan kolestrol dalam darah. Kerang begitu popular untuk dicampur dalam masakan lain seperti mee kari, mee goreng, kotew goreng dan sebagainya. Ia juga sedap dicampurkan dalam sayur. Cuma masalahnya kulit kerang selalunya berlumpu dan kotor. JIka makan kerang rebus terasa kurang selesa tekak kerana tak yakin dengan pembersihan kulitnya. Oleh itu untuk memudahkan membersihkan kulit kerang, maka perlu ada hempas kelapa. Kerang digosokkan dengan hampas kelapa tersebut. Selepas itu bilas dengan air bersih. Kulit kerang lebih bersih dan boleh direbus serta dibakar. Atau bukakan kulit untuk dicampurkan dalam masakan lain.

No comments:

Post a Comment