Friday, June 8, 2012
Nasi putih menawan
Nasi ada sumber tenaga untuk manusia. Di negara ini nasi adalah makanan asas yang utama. Tenaga dari nasi boleh tahan lama. Disebabkan itu bagi para pesawah,petani, nelayan, peladang dan mereka yang bekerja dalam bidang yang memerlukan tenaga banyak lebih suka sarapan pagi dengan nasi. Macam2 jenis nasi. Rasa dan warnapun pelbagai. Ada nasi ayam, ayam goreng, nasi bubur, nasi tomato, nasi kandar, nasi daging, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu, nasi dagang, nasi biryani dan banyak lagi.
Namun yang mudah diperolehi ialah nasi putih. Nasi biasa yang sering dihidang atau dijual di mana2. Nasi ini boleh dibuat nasi lemak, nasi goreng (pelbagai jenis) dan ketumpat. Nasi putih jugak boleh untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Untuk menjadikan nasi putih itu lebih putih dan menawan, maka anda boleh cuba petua ini, iaitu: masukkan beberapa titik jus lemon dalam air sebelum masak nasi. Rasa nasi itu juga lebih sedap. Selain itu untuk mengelakkan nasi melekat antara satu sama lain, boleh tambahkan minyak canola air ketika masak. Manakala untuk selamat nasi supaya tidak dimasuki serangga letakkan kira2 5 gram serbuk daun pudina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment