Tuesday, June 12, 2012
Mari bersihkan getah nangka
Pepatah Melayu siapa makan nangka maka dialah kena getah. Yalah betul le tu sebab getah nangka tak akan kacau orang lain jika seseorang itu tidak menggangu badannya. Maknanya siapa yang buat salah sepatutnya dialah kena denda . Jadi pepatah ini mempunyai nilai moral yang murni. Ia dikaitkan dengan keadilan dalam sosial kehidupan.
Apapun mari kita kongsi cara yang mudah untuk bersihkan getah nangka.Getahnya memang power. Biasanya getah nangka mudah melekat di permukaan periuk atau di mata parang atau di jemari tangan. Caranya Memang mudah sahaja yang biasa diamalkan orang orang2 lama. Iaitu, ambil sedikit minyak masak dan gosokkan di tempat berkenaan perlahan2. Selepas itu suci sehingga bersih.
Pelbagai jenis gulai sedap boleh dimasak seperti masak lemak cili api, masak kari, tumis nangka dan kerabu atau ulam nangka. Tapi yang paling best nangka sedap dimakan sebagai pencuci mulut.Namun ada jugak kalangan orang tak boleh makan nangka sebab kononnya "angin".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment