Thursday, March 1, 2012

Bazar Jumaat

Meriah di ruang ligar E7 setiap Jumaat. Pelbagai jualan yang ada. Harap tak terlalu banyak terkeluar. Apa lagi jika bukan wang. Macam2 boleh dibeli. Mau atau tidak saja. Ada murah, sederhana dan mahal. Pakaian -baju, seluar, tudung, kain ela, beg tangan, assossies, makeup, ubatan, makanan kesihatan dan insuran. Tepuk dada tanya le minda mau beli apa.

Hari ni rancang nak turun jugak. Saja2 mau terapi minda. Tengok2 saja. Kebetulan mau jumpa adik zaza dan adik ina. Kedua2nya baru kukenal. Kedua2 masih muda dan menjual dua barang yang berbeza. Yang penting semangat mereka. Zaza jual insuran dan Ina jual baju - pelbagai fesyen baju kurung.

Elok juga usaha mengadakan jualan di sekitar bangunan pejabat di Putrajaya ini. Sekurang2nya ada juga tempat untuk dilihat2. Malahan boleh jumpa kekawan baru. Takat ini aku belum jumpa kawan lama di sini. Mereka yang bertugas tak terasa boring. Malahan bazar Jumaat ini sentiasa dikunjungi orang dari blok2 yang ada sekitar. Ada yang membeli dan ada jugak sekadar menjamu mata. Aku kerap membeli. Paling banyak dibeli barangan tappaware dan pakaian. Aduii tak semesti bekerja di sekitar KL saja boleh membeli belah. Ternyata aku banyak membeli ketika berada di E7 berbanding semasa bertugas di BSAS dahulu.

No comments:

Post a Comment