Thursday, March 1, 2012

Kini bermula....28 Februari

Ini kali ketiga aku ke klinik keramat. Tujuan untuk mengambil darah untuk melihat kandungan kolestrolku. Sebelum doktor telah semak dan telitikan laporan medical checkup diriku, maka yang bermasalah adalah kolestrol jahat agak tinggi , iaitu di aras 7. Mulai dari itu aku diminta untuk jaga makan supaya paras itu menurun selepas tiga bulan.

Pada 28 Februari itu aku berjumpa Dr R di klinik berkenaan. Sayangnya dia seolah2 terlupa arahannya sebelum ini sehingga percakapannya macam kurang senang dengan kehadiranku. Aku cuba menjelaskan bahawa dia yang mengarahkan aku dtg untuk mengambil sampel darah. Namun jawabannya agak menggoris hatiku. Lebih kurang katanya," ah jika cam itu enam (6) bulan lagi barulah u datang lagi". Terkejut saya dengan kata2 itu. Kenapa begitu lama tempoh yang dia bagi. Tentu penyakit akan bertambah jika begitu tempoh yang perlu dilalui.

Selepas itu dia check tekanan darahku. Nasib kurang baik kerana tekanan darah tinggi (167/1001). Dr itu menyatakan saya perlu buat 3 kali check tekanan sebelum mengambil ubat tekanan darah tinggi. Aduiiii berdebar2 saya bila terima maklumat itu. Aku dibekalkannya sekeping borang tanpa memberi penerangan yang sepatutnya. Aku keluar dan terus ke meja jururawat dan menjelaskan perkara yang diterangkan. Maka, jururawat Mila (bukan nama sebenar) masuk berjumpa Dr R. Sayang dia kena marah pulak! Mujurlah dia terima marah itu dan tidak ditransferkan kepadaku. Aku berterus terang bahawa aku bertugas di KKM di Putrajaya. Aku datang ke Klinik, Keramat disebabkan rekod saya di situ. Dengan penjelasan itu Mila dengan tenang menguruskan keperluanku. Aku keluar dan terus mengambil sampel darah. Aku sempat bercerita dengan jururawat berkenaan mengenai cara doktor mendekati pesakit sebentar tadi. Aku kata tidak hairanlah banyak aduan timbul (walaupun ramai yang buat baik ketika merawat dan mengurus pesakit).

Selepas selesai aku terus ke kereta dan mendailkan beberapa nombor untuk urusan seterusnya. Alhamdulilah semuanya dapat dihubungi. Dapatlah aku laksanakan perkara yang telah dilistkan itu.Aku ke Kraftangan untuk berjumpa Rehan dan kembalikan songket. Aku rasa bersyukur kerana beberapa helai songket itu telah dibeli oleh kekawan di pejabat. Maka, dapatlah juga membantu pembekal berkenaan. Selepas itu aku

Pada tarikh itu aku ambil cuti rehat. Kebetulan ada tujuh perkara yang aku kena selesaikan termasuk bayar bil,dobi, tailor, hantar songket,beli kain raya, edit bahan dan membasuh.Niat hati selepas buat semua keja itu aku akan berehat sambil baca2. Tapi ternyata hingga ke petang keja itu belum selesai.Mujurlah lewat petang aku sempat sauna (di rumah)dan ketika itu aku rehat dan tidur. Sauna dalam masa sejam. Alhamdulilah badan berpeluh. Terasa segar dan ringan badan.



Lewat jam 8 malam suamiku tiba rumah. Memang kepulangannya kutunggu2. Banyak perkara ingin kubincang bersamanya. Aku menyambutnya dengan mesra dan penuh kasih sayang. Aku tahu dia penat. Kami bersalaman aku memeluknya seolah2 lama tak jumpa. Dia mencium dahiku.Aku memberi ruang supaya dia mandi dan solat. Dia pula minta aku bersiap2 kerana kami rancang untuk tengok wayang (cerita belum pasti)malam itu. Tanpa banyak cerita aku bersiap sementara menunggu dia bersolat.

Kami keluar sekitar jam 8.45 malam dan terus menuju ke restoran untuk makan malam. Tempat itu memang lokasi yang sering kami kunjungi. Kamu pesan mee kungfu dan mee hailam bersama fresh oren dan air suam. Makanan itu kami kongsi. Memang ngam dengan selera kami. Ketika itu aku bercerita pasal checkup yang telah dilalui siangnya. Aku menyata kerisauan untuk check tekanan darah yang diarahkan kerana suamiku akan bekerja luar pejabat mulai esok harinya.Mujurlah teringat ada klinik di Putrajaya. Pantas jugak fikiran suamiku.

Selepas itu kami ke wangsa walk. Aku ke kedai cenderamata untuk beli hadiah pemenang program 5S. Manakala suamiku ke tingkat atas untuk tengok cerita dan beli tiket. Dalam sibukku mencari hadiah yang harga patut dia datang. Katanya tak ada cerita orang putih. Yang ada cerita Melayu - Adnan Sempit 2. Akhirnya kami tak jadi tengok kerana terlepas tayangan awal. Kataku baik balik rumah boleh rehat.

No comments:

Post a Comment