Thursday, March 15, 2012

Cipta Sejarah Meeting Hanya 5 Minit

Aku memang bersedia untuk mesyuarat hari ini sama ada dari segi mental ataupun penampilan diri. Maklum le jumpa dengan orang lain. Namun tak sangka pula mesyuarat ini ini cipta sejarah dalam dairi perkhidmatanku. Memang tak disangka sama sekali. Aku bersama Ali masuk agak lewat sedikit. Rozita seorang wanita manis minta aku duduk sebelah pengerusi. Hanya sekejap kerana ku beralih ke kerusi sebelah. Ada seorang pegawai datang dan duduk di situ. Aku ok saja.

Pengerusi relaks saja. Mukanya tenang dan sedikit senyum. Dia maklumkan jawatankuasa editorial portal tidak dipersetujui oleh pihak pengurusan atasan. Jadi terbatal le jawatankuasa yang dicadangkan itu. Wow!!! aku nak lapor apa ye dengan bos. Aku cerita macam sembang aja dengan bos tu. Harap2 dia boleh terima.

Aku join mereka makan meehon goreng. Memang sedap. Rezeki le katakan walau pun mesyuarat dibatal tapi makanan telah diorder. Kami pun makan beramai2 gitu...

No comments:

Post a Comment