Thursday, March 15, 2012

Cerita Bilikku



Bilik itu duniaku. Ada tenang di dalamnya. Rindu juga. Aku mau bilikku kemas. Aku memang gemar menghiaskan bilikku. Setiap kali pindah pejabat aku amat risau dengan barangan hiasan. Hiasan utama mesti ada lukisan dan bunga. Barangan kraf juga menarik minatku. Selain itu, sebiji bantal kecil tetap aku bawa. Bantal bersarung songket itu sentiasa berada di bilikku.


Aku tak mahu terlalu mewah tempat kerjaku. Cukuplah ada kelengkapan yang sepatutnya. Ada ruang untuk tetamu sudah memadai. Masa ni bilikku tempat berbincang. Kebetulan pejabatku tak ada bilik mesyuarat.

No comments:

Post a Comment