Thursday, March 8, 2012

Cerita badan besar????

Maaf nak tulis tentang badan besar. Macam2 cerita tentang badan besar ni. Ada menarik dan ta menarik. Orang badan besar ni ada pengasih, penyayang, pengkhianat, penjahat, hipokrit dan macam2 lagi. Dia juga manusia biasa. Punya cerita tersendiri. Ada orang badan besar rajin, bersemangat dan mesra. Malahn ramai yang berbadan besar hidup senang, kaya dan terkenal.

Lihat saja Adibah Noor. Dia terkenal sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Agensi iklan pun suka ambil Adibah. Suara dia merdu dan power. Bakat lakonannya terbukti memikat kerana filem lakonannya pernah menang Pesta Film.

Malik Noor juga berbadan besar. Pernah menggegarkan negara kerana gagahnya dia sebagai bina badan. Dia seorang jagoh. Kehidupannya mewah. Cara hidupnya jugak ada klas tersendiri. Dia juga pelakon dan pernah cuba menyanyi. Hingga kini Malik Noor terkenal. Baru2 ini dia kahwin dengan seorang doktor.

Arwah Yusni Jaafar juga terkenal. Dunia lakonan meriah dengan Yusni Jaafar. Dia ada bakat yang cukup bagus dalam bidang lawak jenaka. Sejarah tercipta untuk dia dalam bidang yang diceburinya.

Hakikatnya memang ramai orang berbadan besar berjaya dalam hidupnya. Kadang2 bentuk badan yang demikian punya kelebihan. Rezeki datang berlimpah ruah disebabkan badannya besar. Cuma harap2 yang berbadan besar punya hati dan jiwa yang besar dan murni . Semangat juang yang tinggi dan punya nilai terpuji. Moga tak ada yang guna saiz badannya besar untuk menindas yang kecil.

Baik2 le yang berbadan besar.

1 comment: