Thursday, February 23, 2012

Yang menyusur itu rinduku...1

Aku benar2 tidak menyangka seorang anak kampung boleh berada di Kota Raya Kuala Lumpur. Aku cuma bersekolah kampung. Tinggal di kawasan yang belum ada bekalan elektrik. Kampung saya lebih kurang 2kilometer dari pekan. Ia sebuah pekan kecil yang begitu sinonim dengan kuda padi.

Aku terasa bertuah kerana mempunyai bapak yang tegas tentang pelajaran. Dia sentiasa ingatkan supaya belajar. Siapkan kerja rumah.Ayah juga pastikan kami mengaji. Ramai anak murid bapak mengaji al-quran. Kami beramai2 mengaji sambil berlampukan pelita. Biasanya anak murid bapak akan membawa minyak tanah, kayu api dan makanan. Begitulah zaman dulu segalanya dibawa untuk Tok Guru. Bapak mengajar ngaji tanpa meminta sebarang bayaran. Segala yang dilakukan percuma tapi ikhlas.

No comments:

Post a Comment