Thursday, February 23, 2012

Ibu terasa Sharlinie masih hidup

Ibu arwah Sharlinie, Puan Suraya Ahmad 31 masih terasa anaknya, Sharlinie masih hidup walau sudah hilang sejak empat tahun yang lalu. Kehilangan kanak2 kecil berusia lima tahun ketika itu telah menggemparkan. Pelbagai usaha dibuat untuk mencari kanak2 yang malang ini. Andai terlalu banyak.

Yang jelas naluri ibunya masih yakin Sharline masih ada di dunia ini cuma belum ditemui sehingga sekarang. Mereka akan terus berdoa dan mencarinya. Dia berharap orang ramai dan pihak berkuasa akan terus mencari anak itu. Katanya, ahli keluarganya ada bermimpi Sharline ada di suatu lokasi tetapi belum pasti di mana.

Memang memilukan kehilangan anak kecil itu. Mereka yang menculik adalah mereka yang mati akal dan hati. Anak yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mudah2an penculik itu akan terima balasannya.

"Mudah2an segala doa dan harapan ibu Sharline akan dimakbulkan Allah swt. Mohon juga dipermudahkan usaha2 itu serta dijauhi dari segala kesusahan.

Amin.

No comments:

Post a Comment